Assalamualaikum semua....
On this date, 23 Disember 2010, terjawablah semua persoalan di hati.... Ada yg kegirangan dgn keputusan cemerlang PMR dan tak kurang juga yang agak hampa.... termasuklah hamba lemah yang menulis blog ni....
3A, 5B dan 1D (untuk Bahasa Arab) ternyata bukan satu keputusan yang diharapkan selama ini. Nampak sangat kekecewaan di wajah ibu....Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Redha je lah....
Ada hikmah di sebalik ketentuan Illahi. Bila bermuhasahah diri, banyak sekali tersenarai sebagai kelemahan...Antaranya....1. Nyesal rasa sik blaja bahasa arab 2. Balasan Allah kenak selalu molah ibu marah 3. Banyak gilak nagga tv 4. Mun nak 8A mesti 'lekat' ngan buku..... The list goes on and on.... However, bak kata pepatah Inggeris. "There's no use crying over spilt milk". Anyway BI hamba yang lemah ni B. Kira ok lah tu....
Ibu, walaupun agak kecewa, tetap beri semangat. Ini antara kata-katanya: "Sik hal lah Kak. Reset balik. Kita start dari zero. Kelak SPM, kakak cuba lagi." I know Ibu will always support me and never give up hope. SUCCESS will be mine one day, InsyaAllah.... Ya Allah, tabahkanlah hati hamba mu ini dan ampuni segala dosa-dosa....
As I said earlier, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Well, hamba yang lemah ni kena terima apa yang telah tersurat. Alhamdulillah....ada lagi geng-geng yg hanya dapat 2A atau pun 1A. Sesungguhnya semua kekurangan dari hambanya. Allah maha mengetahui. Momen sebegini menjadikah hambanya ini tersedar yang nak berjaya tidak boleh terus-terusan mengelamun atau berpeluk tubuh. Walaupun terkilan jugak, hamba ini berjanji tetap akan terus berjuang. Kelemahan, kealpaan, keremehan, dll akan cuba diatasi. Syukur kerna 'terbuka mata' di peringkat ini. Chewah....semangat baru for 2011. Yes, PUTERI QASEH, you can!!!!
Akhir kata, TQ pada guru tingkatan 3E (Imtiyaz) 2010, Cik Hariyati serta semua guru yang memberi bimbingan dari awal hingga ke garisan penamat.
Hingga berjumpa lagi.... Sekian...
Wassalam,
Puteri N